Thursday, February 26, 2009

6 PANDUAN MASA TEKANAN EKONOMI

Oleh Lokman Ismail:

Isu kenaikan harga barang dan perkhidmatan sudah menjadi
perkara biasa dan sebagai pengguna kita terpaksa
menerima hakikat itu.
Islam menyediakan garis panduan yang sesuai untuk
menghadapi situasi ini dan antara yang diberi penekanan
ialah:
1. Berjimat cermat atau teliti dalam mengurus
perbelanjaan. Kita perlu mengutamakan nilai tambah dalam
setiap perbelanjaan. Barang yang dibeli mungkin boleh
digunakan untuk pelbagai tujuan.
- Meningkatkan hayat penggunaan atau memberi kesan
maksimum bagi setiap perbelanjaan kerana sikap berjimat
memperlihatkan unsur kebijaksanaan iaitu berbelanja
mengikut keperluan, bukannya nafsu.
2. Berhemah bermakna mengawal perbelanjaan dan
penggunaan mengikut keperluan bagi mengelakkan membeli
perkara tidak perlu.
- Perbelanjaan tanpa kawalan menyebabkan sumber kewangan
tidak dapat menampung keperluan semasa. Rezeki diperoleh
perlu dihargai dengan cara memaksimumkan manfaatnya.
3. Bersederhana adalah langkah bijak bagi kesejahteraan
berterusan. Kita tidak perlu berbelanja lebih
semata-mata untuk memaksimumkan kepuasan kerana kepuasan
sebenarnya bergantung kepada cara kita menghargai apa
yang dimiliki dan dirasai.
- Syaitan sentiasa membisikkan perasaan melampau, sama
ada boros atau kedekut.
- Sikap itu ditegah sebagaimana firman Allah bermaksud:
“Syaitan menakut-nakutkan kamu, kalau-kalau kamu akan
menjadi miskin, dan menyuruh kamu melakukan kejahatan.”
(Surah al-Baqarah, ayat 219)
4. Elakkan pembaziran kerana Islam melarang pembaziran
yang dikaitkan dengan amalan syaitan.
- Perbelanjaan itu secara dasarnya memang mendatangkan
kebaikan, tetapi disebabkan terlalu banyak ia
menyebabkan pembaziran. Oleh itu, bijak membuat anggaran
bagi mengelak pemnaziran.
5. Elak perbelanjaan tidak perlu. Islam menegah umatnya
berbelanja secara sia-sia, lebih-lebih lagi jika wang
digunakan kepada perkara mendatangkan keburukan.
- Individu yang dikuasai syaitan membelanjakan wang
untuk membunuh diri sendiri seperti minum arak, ketagih
dadah dan perbuatan yang jelas membahayakan.
6. Islam sememangnya amat mementingkan soal meningkatkan
produktiviti agar memperoleh sesuatu yang lebih baik.
- Melipatgandakan usaha dan memaksimumkan pengguna
sumber tenaga, fikiran dan kemahiran dapat meningkatkan
produktiviti.
- Sesiapa yang melakukan seperti apa dianjurkan dan
menjauhkan apa yang dilarang agama, pasti mampu
menghadapi cabaran hidup dengan lebih tenang dan setiap
permasalahan ada jalan penyelesaiannya.

0 comments:

Post a Comment